Sekapur Sirih




Pertamanya, setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan keizinan-Nya jua profail sekolah ini dapat diterokai bersama. Sekalung ucapan terima kasih untuk semua tenaga kerja yang bersama-sama memacu minda ke arah merealisasikan profail sekolah ini. Sesungguhnya tanpa penggemblengan tenaga dan idea, profile ini tidak dapat dihasilkan dengan begitu sempurna. Semoga profail sekolah ini akan sentiasa menjadi wadah penyampai maklumat yang berkesan kepada pihak sekolah untuk menyampaikan berita dan maklumat penting yang terkini.



Dalam bidang Kurikulum, SU. RIPAS terus mengekalkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan tahun 2010  iaitu murid-murid yang lulus dalam peperiksaan awal dan akhir tahun telah dapat dikekalkan dari 100% lulus bagi Darjah 1. Bagi Darjah 2, keputusan peperiksaan setengah tahun ialah 97% dan dapat ditingkatkan kepada 100% lulus di akhir tahun. Bagi Darjah 3 dapat dikekalkan dari 98% peratus lulus. Bagi Darjah 4, keputusan peperiksaan setengah tahun adalah 71% lulus dan dapat ditingkatkan kepada 91% lulus di akhir tahun. Bagi Darjah 5 pula, keputusan peperiksaan setengah tahun adalah 89% lulus dan dapat ditingkatkan kepada 100% lulus di akhir peperiksaan. Manakala keputusan Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Ugama (SSSRU) Darjah 6 pula dapat ditingkatkan sebanyak 12% iaitu 79% (2010) berbanding dengan 67% (2009).

Sementara murid-murid yang terpilih dalam Skim Galakan Khatam Al-Quran Di Bawah Umur 10 Tahun semakin bertambah. Pada tahun ini (2011), seramai 2 orang murid SU. RIPAS telah diberi Hadiah Skim Galakan Khatam Al-Quran Di Bawah Umur 10 Tahun anjuran Jabatan Pengajian Islam yang di sampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Baharuddin Bin Pengiran Haji Bahar (Timbalan Menteri KHEU).

Manakala kadar kemasukkan calon ke sekolah Arab dapat juga dikekalkan yang mana setiap tahun beberapa orang murid SU. RIPAS telah terpilih memasuki Sekolah Arab.

 
Tidak ketinggalan juga pencapaian dalam bidang kokurikulum, SU. RIPAS kembali memdominasi kejohanan dalam pertandingan kokurikulum seperti perduan Al-Quran, Tahlil, Dikir Syrafil Anam, Rawi, Syarahan, Tulisan Jawi dan sebagainya. 

Pada tahun ini (2011), pihak sekolah akan berazam mengadakan kegiatan menghalusi lagu Al-Quran dengan menggunakan cakra padat. Kegiatan ini diadakan pada hari Isnin dan Rabu sebelum sembahyang Fardhu Zuhor (1.30-1.45 petang) yang diketuai oleh Guru Kanan Al-Quran bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan murid-murid.

Pada tahun ini 2011 ini juga, pihak SU. RIPAS mempunyai wawasan/rancangan pembaikan kecemerlangan sekolah dari tahun 2011 hingga 2014. Adapun objektif wawasan sekolah ini adalah bertujuan untuk:
    i.      Meningkatkan prestasi akademik murid.
  ii.      Meningkatkan peratus lulus sebanyak 100% dalam peperiksaan.
 iii.      Meningkatkan peratus sebanyak 90% bagi kedatangan murid.
 iv.      Meningkatkan nilai akhlak murid.
Kepada warga SURIPAS, saya berharap tahun 2011 akan menjadi tahun lebih gemilang dan bermakna kepada kita semua dengan pencapaian cemerlang dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, kurikulum, Kokurikulum serta hal ehwal murid.

           Sesungguhnya kerja merupakan suatu ibadat, kecemerlangan hanya akan dapat dicapai melalui kepuasan dan keseronokan kerja, Semoga SURIPAS akan terus cemerlang dan terbilang.


“Assalam Mualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”