Khamis, 3 Mac 2011

Pertandingan Dikir Syarafil Anam dan Nasyid

Pertandingan Dikir Syarafil Anam dan nasyid ini telah di adakan pada 1 mac 2011 sempena memperingati maulud nabi muhammad sallallahu alaihi wasalam.Ianya disertai oleh murid darjah empat hingga lima dan menarik banyak minat di kalangan para murid.

Acara pertandingan ini di mulakan dengan persembahan bacaan Al Quran daripada md azizul rahman bin hj zainal, wakil murid Al Quran kategori ba.Hakim yang di lantik bagi pertandingan ini ialah :

  1. Ustaz Othman bin hj ismail ( Teknik dan persembahan )
  2. Awg Md amirul azim bin awg hj umar ( Irama Lagu )
  3. Hjh Asmah binti hj( suara dan lagu )
  4. Hjh Sarsinah binti hj Yusof ( fasahah )


ketika persembahan

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada peserta




Ahad, 27 Februari 2011

PERADUAN MENYANYI LAGU PATRIOTIK

Pada 26 hb februari 2011 yang lalu, sekolah ini telah mengadakan peraduan menyanyikan lagu patriotik di kalangan para murid-murid.Peraduan ini adalah pertama kalinya di adakan bagi sekolah ini.Antara objektif pertandingan ini adalah memupuk semangat para murid akan mencintai lagu-lagu patriotik negara selain tujuan utamanya ialah menerapkan dalam jiwa murid untuk mencintai negara kita dengan sepenuh jiwa dan raga.

Penglibatan para murid dalam pertandingan ini amatlah memberangsangkan sehingga ada di antara murid yang terpaksa di ketepikan disebabkan terlalu ramai yang ikut serta.seramai 6 buah pasukan menyertai dalam peraduan ini yang mana setiap kumpulan di beri nama mengikut bilangan huruf arab.Majlis di mulakan dengan bacaan surah al fatihah yang di pimpin oleh md amirul amin shah bin md halimi shah murid darjah 1 alif.seramai tiga orang hakim yang terdiri daripada guru-guru sekolah ini iaitu:

  1. Cikgu Morsidi bin Md Tahir
  2. Cikgu Dk Hjh siti Ehsan rahimah bte pg hj jamudin
  3. Cikgu Dang marduwana bte hj ibrahim
Sudut penghakiman dalam peraduan ini di nilai melalui irama dan lagu,suara dan penampilan.Acara juga dimeriahkan dengan persembahan lagu kebangsaan beramai-ramai yang dipimpin oleh murid darjah pra sekolah ini.Dalam peraduan ini johan ialah dari kumpulan sittah (enam ) gabungan murid darjah 3 alif dan darjah pra.Akhirnya untuk memberkati majlis bacaan doa selamat di baca oleh cikgu md sofian bin abd hamid

Khamis, 24 Februari 2011

Peraduan mewarna bendera brunei

Peraduan ini adalah projek tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kesedaran para murid akan cinta kan negara.selain itu adalah untuk mencungkil kreativiti murid bukan saja dalam bidang pewarnaan bahkan membentuk sakhsiah murid-murid.


Selasa, 22 Februari 2011

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA!!!

Negara Brunei Darussalam mendapat kemerdekaan pada 1 Januari 1984.Maka setiap 23 februari di jadikan tarikh yang penting dalam sejarah Negara Brunei Darussalam.Pada Tahun ini Negara menyambut hari kemerdekaan yang ke 27 dengan tema " Negaraku Brunei Darussalam.Negara Brunei telah menempuhi pelbagai perubahan dan kemajuan selaras dengan perubahan arus zaman.Mendokong Hasrat kerajaan untuk menerapkan semangat cinta kan negara dalam jiwa bangsa pelbagai usaha telah di buat.Antaranya mengadakan sambutan hari kebangsaan setiap tahun dan membaca doa kesyukuran setiap masjid-masjid di seluruh negara.


Sekolah Ugama Ripas,Kg saba tidak lupa mendokong hasrat murni kerajaan untuk memartabatkan semangat patriotik di kalangan warganya.

Sekolah Rendah saba Darat.

Pada 22 februari 2011,murid-murid serta guru-guru telah sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan brunei.Sejurus selepas itu bacaan yasin dan doanya telah di ketuai oleh Cikgu Morsidi bin Md Tahir.Manakala Doa Kesyukuran di bacakan oleh cikgu Md Sofian bin Abdul Hamid.Selepas saja bacaan,Keselruhan warga suripas telah sama-sama menyanyi lagu patriotik.

Murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan
Pemandangan semasa membaca yasin dan doa


Sabtu, 19 Februari 2011

Peraduan Tausyeh bagi murid-murid rendah bawah

Peraduan tasuyeh ini telah di adakan pada 16HB Februari 2011/ 13 Rabiulawal 1432.Acara di mulakan dengan bacaan fatihah beramai- ramai yang di ketuai oleh cikgu Morsidi bin Md Tahir.Seramai lapan buah kumpulan bertanding dalam peraduan ini.di mana empat buah kumpulan Lelaki dan perempuan. Barisan Para jemaah Hakim terdiri  daripada guru-guru sekolah ini iaitu:
  1. Ustaz Othman bin Hj Ismail ( Guru Besar )
  2. Cikgu Dang Marduwana binti Hj Ibrahim.
  3. Cikgu Nuraziera binti Hj Ismail
  4. Cikgu Nurfuziah binti Md Shamsul

Suasana dalam Dewan

Persembahan Murid Lelaki



Persembahan Murid Perempuan

Antara tujuan peraduan ini adalah untuk memeriahkan lagi suasana hari keputeraan Nabi Muhammad salallahu alahi wasalam.Dengan adanya peraduan seumpama ini dapat melahirkan generasi brunei yang mempunyai jatidiri yang kuat berlandaskan Melayu Islam Beraja.Selain itu mengasuh bakat di kalangan para murid supaya berani tampil dalam apa jua peraduan- peraduan samaada yang di anjurkan oleh sekolah ataupun luar.mengulas mengenai peraduan ini,kebanyakan murid berani tampil untuk membuat persembahan walaupun terdapat kesilapan dari segi bacaan,fasahah dan irama lagu.bahkan ada di antara kumpulan yang berebut microphone untuk mengeluarkan suara mereka.

Peraduan Tausyeh bahagian lelaki dijuarai oleh murid-murid darjah dua.Manakala bahagian perempuan di juarai oleh murid darjah tiga

 



 
 

Selasa, 15 Februari 2011

Perarakan Maulud tahun 1432H/2011M

Perarakan Maulud Nabi Muhammad Salallahu alahi wasalam pada tahun ini di adakan di Taman Sultan Omar Ali Saifuddin di Ibu Negara ( 15/2/2011) .Peserta dari sekolah Ugama Ripas juga turut serta mengikuti perarakan ini.Seramai 85 peserta termasuk guru-guru menyertai bagi sekolah ini dan nombor giliran ialah 14.


Aksi murid-murid


Suasana Perarakan
 

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Penutup Dikir Syarafil Anam

Majlis Penutup Dikir bagi murid Rendah Bawah telah di adakan pada hari isnin,14 Februari Bersamaan 11 Rabiulawal 1432H.Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Fatihah yang diketuai oleh Guru Kanan Pentabiran,Cikgu Md Sofian bin Abdul Hamid.Seterusnya Dikir Salai dimulakan.Majlis diserikan juga dengan persembahan dikir Bisahrin yang di bawa oleh guru-guru perempuan sekolah ini.



Murid-murid juga tidak ketinggalan membuat persembahan antarnya persembahan tausyeh dari murid darjah tiga hingga pra.Acara kemuncak ialah bacaan doa yang dibaca oleh cikgu Morsidi bin Awang Tahir.


Gambar Majlis Penutup Dikir