Sempena Perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu alahi Wassalam pada 15 februari 2011 ini,Pihak Sekolah Ugama Ripas,Kg saba tidak ketinggalan mengadakan Latihan sempena perarakan itu.Latihan ini di ketuai oleh guru besar sekolah iaitu Ustaz Othman bin hj Ismail beserta dengan Guru-guru lelaki yang lain.Murid yang menyertai pada perarakan itu terdiri dari murid darjah 4 hingga 6.Pelbagai inisiatif telah di buat untuk merancakkan suasana latihan dengan mengadakan selawat dan berjalan dengan barisan yang lurus apatah lagi pada tahun ini perarakan maulud akan di pertandingkan mengikut peringkat kebangsaan.secara langung telah meningkat kan lagi keazaman dan minat para murid untuk membuat yang terbaik dalam perarakan itu.
|
Guru Besar sedang memberi arahan kepada murid |
Apa yang paling penting tujuan latihan ini akan dapat menerapkan dalam jiwa murid supaya cinta kan Nabi dan menjadikan Baginda nabi sebagai role model dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini.Selain itu mengambil contoh teladan dari sunnah-sunnah baginda sebagai tanda cinta dan penghormatan terhadap baginda
|
Sepanduk untuk Maulud |
|
Suasan latihan di Sekolah Rendah Saba Darat
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan