Sejarah

SEJARAH AWAL PENUBUHAN

Sekolah Ugama saba mula di tubuhkan pada 1 hb Ogos 1971 dengan keramaian murid 170 orang dan ia telah dirasmikan oleh Ustaz Hj Yahya bin Hj Ibrahim pada 15hb Ogos 1971. Ustaz Hj Awang Damit bin Hj Kawang merupakan guru besar yang pertama mentadbir sekolah ini.Disebabkan Keramaian Murid yang tidak dapat menampung pembelajaran pada sesi Petang,pada 19 Mac 1972,Sesi pembelajaran sebelah pagi telah di buka,yang mana Cikgu Hj Berlin bin Hj Reduan merupakan Guru Besar ketika itu.

Dengan keramaian murid yang bertambah maka kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka seri Baginda sultan melalui Kementerian Hal Ehwal ugama telah membangunkan Sekolah Ugama yang kekal hingga sekarang.Pada februari 1976, sekolah ugama saba telah bertukar nama menjadi Sekolah Ugama Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,Kg Saba.Dan di rasmikan oleh Yang teramat Mulia Pg Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pg Hj Ali bin Pg Hj Md Daud.
SEJARAH KEGEMILANGAN SEKOLAH

  • Sekolah Ugama Terbaik : 1983,1984,1985,1986,1988
  • Sekolah Ugama Teladan :2001
GURU BESAR TERDAHULU


  1. Haji Damit bin Hj Kawang
  2. Haji Berlin bin Hj reduan
  3. Hj Bongsu bin Pudin
  4. Hj Abd Hamid bin Perali
  5. Hj Tengah bin Sulaiman
  6. Hj Mat Salleh bin Hj Bini
  7. Hj Gapor bin Mohammad
  8. Haji Marmin bin Hj Deris
  9. Hj Ayub bin Hj Saman
  10. Hj Safar bin Hj Laji
  11. Serudin bin Musa
  12. Hj Japar bin Hj Tengah
  13. Hj Mohd Zaidi bin Hj Zakaria
  14. Hj Abd Wahid bin Hj Razak
  15. Hajjah Hasnah Binti Hj Metusin
  16. Hj Kassim bin Hj Tapa
  17. Hajjah Noraya binti Haji Metali
  18. Hj Roslan bin Hj Taha
  19. Sufri bin Haji Bahar
  20. Hj Abdul Taif bin Hj Abdul Latif
  21. Othman bin Hj Ismail ( Guru Besar sekarang )