Sabtu, 19 Februari 2011

Peraduan Tausyeh bagi murid-murid rendah bawah

Peraduan tasuyeh ini telah di adakan pada 16HB Februari 2011/ 13 Rabiulawal 1432.Acara di mulakan dengan bacaan fatihah beramai- ramai yang di ketuai oleh cikgu Morsidi bin Md Tahir.Seramai lapan buah kumpulan bertanding dalam peraduan ini.di mana empat buah kumpulan Lelaki dan perempuan. Barisan Para jemaah Hakim terdiri  daripada guru-guru sekolah ini iaitu:
  1. Ustaz Othman bin Hj Ismail ( Guru Besar )
  2. Cikgu Dang Marduwana binti Hj Ibrahim.
  3. Cikgu Nuraziera binti Hj Ismail
  4. Cikgu Nurfuziah binti Md Shamsul

Suasana dalam Dewan

Persembahan Murid Lelaki



Persembahan Murid Perempuan

Antara tujuan peraduan ini adalah untuk memeriahkan lagi suasana hari keputeraan Nabi Muhammad salallahu alahi wasalam.Dengan adanya peraduan seumpama ini dapat melahirkan generasi brunei yang mempunyai jatidiri yang kuat berlandaskan Melayu Islam Beraja.Selain itu mengasuh bakat di kalangan para murid supaya berani tampil dalam apa jua peraduan- peraduan samaada yang di anjurkan oleh sekolah ataupun luar.mengulas mengenai peraduan ini,kebanyakan murid berani tampil untuk membuat persembahan walaupun terdapat kesilapan dari segi bacaan,fasahah dan irama lagu.bahkan ada di antara kumpulan yang berebut microphone untuk mengeluarkan suara mereka.

Peraduan Tausyeh bahagian lelaki dijuarai oleh murid-murid darjah dua.Manakala bahagian perempuan di juarai oleh murid darjah tiga

 



 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan