Ahad, 27 Februari 2011

PERADUAN MENYANYI LAGU PATRIOTIK

Pada 26 hb februari 2011 yang lalu, sekolah ini telah mengadakan peraduan menyanyikan lagu patriotik di kalangan para murid-murid.Peraduan ini adalah pertama kalinya di adakan bagi sekolah ini.Antara objektif pertandingan ini adalah memupuk semangat para murid akan mencintai lagu-lagu patriotik negara selain tujuan utamanya ialah menerapkan dalam jiwa murid untuk mencintai negara kita dengan sepenuh jiwa dan raga.

Penglibatan para murid dalam pertandingan ini amatlah memberangsangkan sehingga ada di antara murid yang terpaksa di ketepikan disebabkan terlalu ramai yang ikut serta.seramai 6 buah pasukan menyertai dalam peraduan ini yang mana setiap kumpulan di beri nama mengikut bilangan huruf arab.Majlis di mulakan dengan bacaan surah al fatihah yang di pimpin oleh md amirul amin shah bin md halimi shah murid darjah 1 alif.seramai tiga orang hakim yang terdiri daripada guru-guru sekolah ini iaitu:

  1. Cikgu Morsidi bin Md Tahir
  2. Cikgu Dk Hjh siti Ehsan rahimah bte pg hj jamudin
  3. Cikgu Dang marduwana bte hj ibrahim
Sudut penghakiman dalam peraduan ini di nilai melalui irama dan lagu,suara dan penampilan.Acara juga dimeriahkan dengan persembahan lagu kebangsaan beramai-ramai yang dipimpin oleh murid darjah pra sekolah ini.Dalam peraduan ini johan ialah dari kumpulan sittah (enam ) gabungan murid darjah 3 alif dan darjah pra.Akhirnya untuk memberkati majlis bacaan doa selamat di baca oleh cikgu md sofian bin abd hamid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan