Ahad, 27 Februari 2011

PERADUAN MENYANYI LAGU PATRIOTIK

Pada 26 hb februari 2011 yang lalu, sekolah ini telah mengadakan peraduan menyanyikan lagu patriotik di kalangan para murid-murid.Peraduan ini adalah pertama kalinya di adakan bagi sekolah ini.Antara objektif pertandingan ini adalah memupuk semangat para murid akan mencintai lagu-lagu patriotik negara selain tujuan utamanya ialah menerapkan dalam jiwa murid untuk mencintai negara kita dengan sepenuh jiwa dan raga.

Penglibatan para murid dalam pertandingan ini amatlah memberangsangkan sehingga ada di antara murid yang terpaksa di ketepikan disebabkan terlalu ramai yang ikut serta.seramai 6 buah pasukan menyertai dalam peraduan ini yang mana setiap kumpulan di beri nama mengikut bilangan huruf arab.Majlis di mulakan dengan bacaan surah al fatihah yang di pimpin oleh md amirul amin shah bin md halimi shah murid darjah 1 alif.seramai tiga orang hakim yang terdiri daripada guru-guru sekolah ini iaitu:

  1. Cikgu Morsidi bin Md Tahir
  2. Cikgu Dk Hjh siti Ehsan rahimah bte pg hj jamudin
  3. Cikgu Dang marduwana bte hj ibrahim
Sudut penghakiman dalam peraduan ini di nilai melalui irama dan lagu,suara dan penampilan.Acara juga dimeriahkan dengan persembahan lagu kebangsaan beramai-ramai yang dipimpin oleh murid darjah pra sekolah ini.Dalam peraduan ini johan ialah dari kumpulan sittah (enam ) gabungan murid darjah 3 alif dan darjah pra.Akhirnya untuk memberkati majlis bacaan doa selamat di baca oleh cikgu md sofian bin abd hamid

Khamis, 24 Februari 2011

Peraduan mewarna bendera brunei

Peraduan ini adalah projek tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kesedaran para murid akan cinta kan negara.selain itu adalah untuk mencungkil kreativiti murid bukan saja dalam bidang pewarnaan bahkan membentuk sakhsiah murid-murid.


Selasa, 22 Februari 2011

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA!!!

Negara Brunei Darussalam mendapat kemerdekaan pada 1 Januari 1984.Maka setiap 23 februari di jadikan tarikh yang penting dalam sejarah Negara Brunei Darussalam.Pada Tahun ini Negara menyambut hari kemerdekaan yang ke 27 dengan tema " Negaraku Brunei Darussalam.Negara Brunei telah menempuhi pelbagai perubahan dan kemajuan selaras dengan perubahan arus zaman.Mendokong Hasrat kerajaan untuk menerapkan semangat cinta kan negara dalam jiwa bangsa pelbagai usaha telah di buat.Antaranya mengadakan sambutan hari kebangsaan setiap tahun dan membaca doa kesyukuran setiap masjid-masjid di seluruh negara.


Sekolah Ugama Ripas,Kg saba tidak lupa mendokong hasrat murni kerajaan untuk memartabatkan semangat patriotik di kalangan warganya.

Sekolah Rendah saba Darat.

Pada 22 februari 2011,murid-murid serta guru-guru telah sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan brunei.Sejurus selepas itu bacaan yasin dan doanya telah di ketuai oleh Cikgu Morsidi bin Md Tahir.Manakala Doa Kesyukuran di bacakan oleh cikgu Md Sofian bin Abdul Hamid.Selepas saja bacaan,Keselruhan warga suripas telah sama-sama menyanyi lagu patriotik.

Murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan
Pemandangan semasa membaca yasin dan doa


Sabtu, 19 Februari 2011

Peraduan Tausyeh bagi murid-murid rendah bawah

Peraduan tasuyeh ini telah di adakan pada 16HB Februari 2011/ 13 Rabiulawal 1432.Acara di mulakan dengan bacaan fatihah beramai- ramai yang di ketuai oleh cikgu Morsidi bin Md Tahir.Seramai lapan buah kumpulan bertanding dalam peraduan ini.di mana empat buah kumpulan Lelaki dan perempuan. Barisan Para jemaah Hakim terdiri  daripada guru-guru sekolah ini iaitu:
  1. Ustaz Othman bin Hj Ismail ( Guru Besar )
  2. Cikgu Dang Marduwana binti Hj Ibrahim.
  3. Cikgu Nuraziera binti Hj Ismail
  4. Cikgu Nurfuziah binti Md Shamsul

Suasana dalam Dewan

Persembahan Murid Lelaki



Persembahan Murid Perempuan

Antara tujuan peraduan ini adalah untuk memeriahkan lagi suasana hari keputeraan Nabi Muhammad salallahu alahi wasalam.Dengan adanya peraduan seumpama ini dapat melahirkan generasi brunei yang mempunyai jatidiri yang kuat berlandaskan Melayu Islam Beraja.Selain itu mengasuh bakat di kalangan para murid supaya berani tampil dalam apa jua peraduan- peraduan samaada yang di anjurkan oleh sekolah ataupun luar.mengulas mengenai peraduan ini,kebanyakan murid berani tampil untuk membuat persembahan walaupun terdapat kesilapan dari segi bacaan,fasahah dan irama lagu.bahkan ada di antara kumpulan yang berebut microphone untuk mengeluarkan suara mereka.

Peraduan Tausyeh bahagian lelaki dijuarai oleh murid-murid darjah dua.Manakala bahagian perempuan di juarai oleh murid darjah tiga

 



 
 

Selasa, 15 Februari 2011

Perarakan Maulud tahun 1432H/2011M

Perarakan Maulud Nabi Muhammad Salallahu alahi wasalam pada tahun ini di adakan di Taman Sultan Omar Ali Saifuddin di Ibu Negara ( 15/2/2011) .Peserta dari sekolah Ugama Ripas juga turut serta mengikuti perarakan ini.Seramai 85 peserta termasuk guru-guru menyertai bagi sekolah ini dan nombor giliran ialah 14.


Aksi murid-murid


Suasana Perarakan
 

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Penutup Dikir Syarafil Anam

Majlis Penutup Dikir bagi murid Rendah Bawah telah di adakan pada hari isnin,14 Februari Bersamaan 11 Rabiulawal 1432H.Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Fatihah yang diketuai oleh Guru Kanan Pentabiran,Cikgu Md Sofian bin Abdul Hamid.Seterusnya Dikir Salai dimulakan.Majlis diserikan juga dengan persembahan dikir Bisahrin yang di bawa oleh guru-guru perempuan sekolah ini.



Murid-murid juga tidak ketinggalan membuat persembahan antarnya persembahan tausyeh dari murid darjah tiga hingga pra.Acara kemuncak ialah bacaan doa yang dibaca oleh cikgu Morsidi bin Awang Tahir.


Gambar Majlis Penutup Dikir

Sabtu, 12 Februari 2011

Latihan Sempena menyambut Maulud Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam

 Sempena Perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu alahi Wassalam pada 15 februari 2011 ini,Pihak Sekolah Ugama Ripas,Kg saba tidak ketinggalan mengadakan Latihan sempena perarakan itu.Latihan ini di ketuai oleh guru besar sekolah iaitu Ustaz Othman bin hj Ismail beserta dengan Guru-guru lelaki yang lain.Murid yang menyertai pada perarakan itu terdiri dari murid darjah 4 hingga 6.Pelbagai inisiatif telah di buat untuk merancakkan  suasana latihan dengan mengadakan selawat dan berjalan dengan barisan yang lurus apatah lagi pada tahun ini perarakan maulud akan di pertandingkan mengikut peringkat kebangsaan.secara langung telah meningkat kan lagi keazaman dan minat para murid untuk membuat yang terbaik dalam perarakan itu.
Guru Besar sedang memberi arahan kepada murid
Apa yang paling penting tujuan latihan ini akan dapat menerapkan dalam jiwa murid supaya cinta kan Nabi dan menjadikan Baginda nabi sebagai role model  dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini.Selain itu mengambil contoh teladan dari sunnah-sunnah baginda sebagai tanda cinta dan penghormatan terhadap baginda
Sepanduk untuk Maulud
Suasan latihan di Sekolah Rendah Saba Darat



Khamis, 10 Februari 2011

Julong kalinya Al Falah Menyertai Zainul Quran peringkat Lelaki

Walaupun Gagal Layak Tetapi AL FALAH tetap semangat mengharungi cabaran

Peraduan ini telah berlangsong pada 31 Januari bersamaan 26 Safar 1432H dan ini adalah julong kalinya guru-guru sekolah Ugama RIPAS  menyertai peraduan Membaca Al Quran Berkumpulan Lelaki bagi pegawai-pegawai dan guru-guru kawasan Brunei 1 ( pemilihan ) .Pada tahun ini sekolah Ugama BPUK Hj Awang Umar telah menjadi Tuan rumah  bagi peraduan ini.
حي علي الفلاح
Marilah menuju Kepada Kemenangan

Selasa, 8 Februari 2011

Peraduan Dikir Syarafil Anam Bagi Pegawai-Pegawai Dan Guru Guru Ugama Brunei 1 ( Perempuan )

Peraduan Dikir Syarafil Anam Peringkat Pemilihan bahagian perempuan adalah merupakan anjuran jawatankuasa pemimpin sekolah Ugama Kawasan Brunei 1.Acara telah di adakan di sekolah ini pada 26 januari 2011H bersamaan dengan 21 Safar 1432H.Seramai 9 buah pasukan menyertai peraduan ini iaitu :
  1. S.U HJ TARIF ( DARUL RAUDHAH )
  2. SU.BPUK HJ AWANG UMAR KG SETIA ( MAR'TUS SOLEHAH )
  3. SU.MABOHAI ( AL BARAKAH )
  4. SU.PG DI GADONG HJ MD SALLEH ( AL HASANAH )
  5. SU.PG MUDA AL MUHTADEE BILLAH ( AZ-ZAHRAH )
  6. SU.RIPAS KG SABA ( AL-FALAH )
  7. SU.PG BENDAHARA LAMA ( NURUL IKHWAH )
  8. SU.PUSAR ULAK ( KHAIRUNNISA )
  9. SU.PELAMBAYAN ( SAUTU HANIN )
Hakim bagi peraduan ini ialah :
  1. Imam Haji Muslim bin Haji Abdul Razak ( Hakim Suara & Lagu )
  2. Dayang Siti Huzaimah Yaddey bte Hj Rosli ( Hakim Fasih & Lancar )
  3. Awang Haji Md Jappar bin Hj Damit ( Hakim Tertib & Teknik )
Seramai Tiga buah pasukan telah berjaya memasuki peringkat akhir yang mana keputusan telah di umum kan oleh cikgu Iswandi bin Hj Abd Rahim,Pengawas Jemaah Hakim.Pasukan yang layak ialah :
  • SU.PELAMBAYAN ( SAUTU HANIN )
  • SU.HJ TARIF ( DARUL RAUDAH )
  • SU.RIPAS.KG SABA ( AL-FALAH )
 Bacaan Doa Selamat di bacakan oleh Ustaz Md Amirul Azim bin Awang Hj Umar.


Tetamu Majlis,PPID Brunei 1,Yang Mulia Hjh Masnah bte Hj Metusin


Barisan Jemaah Hakim
 




Darul Raudhah


Mar'tus Solehah
 
Al Barakah

Al Hasanah

Az Zahrah
Al Falah
Nurul Ikhwah
Khairunnisa
Sautu Hanin

Pengawas Jemaah Hakim,Cikgu Iswandi bin Hj Abd Rahim


Ustaz Awang Md Amirul Azim Bin Awang Hj Umar membaca doa selamat

Majlis menaikkan Bendera Kebangsaan brunei

Ucapan daripada Guru Besar



suasana Acara
Bendera di kibarkan

Majlis menaikkan Bendera Kebangsaan Brunei telah di adakan di sekolah ini pada 2 Februari 2011 M bersamaan dengan 2 Rabiulawal 1432H.Upacara di mulakan dengan bacaan fatihah dan seterusnya ucapan alu-aluan yang di ketuai oleh guru besar,Ustaz Othman bin hj Ismail.Antara tujuan majlis ini di adakan ialah untuk meningkatkan jatidiri murid selaku anak jati murid yang berwawasan.serta melahirkan rasa cinta terhadap negara kita iaitu Brunei Darussalam.

Isnin, 7 Februari 2011

Majlis Pembukaan Dikir

Majlis Pembukaan Dikir sempena Memperingati 
Guru Besar dan guru-guru
Maulidur Rasul bagi murid rendah bawah yang belajar di sekolah rendah Saba Darat telah bermula pada  5 Februari 2011M  bersamaan 2 Rabiulawal 1432H. Majlis di mulakan dengan bacaan selawat daripada Guru Besar Sekolah ugama RIPAS,Ustaz Othman bin hj Ismail dan seterusnya dikir salai di mulakan.Objektif Utama Majlis ini di adakan adalah untuk menerapkan dalam jiwa murid untuk sentiasa memperingati sejarah yang penting dalam kalendar Islam Iaitu hari di puterakan Baginda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam.Selain itu memupuk kesedaran dan rasa cinta terhadap warisan kita iaitu Dikir Syarafil Anam.


Guru-guru sedang asyik berdikir

Murid-murid perempuan seronok berdikir
Terpancar Wajah murid-murid yang ceria

Suasana Murid Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah bertempat di dewan Sekolah Rendah Saba Darat

Murid sedang melakukan Iqamat
  











Murid Sedang mendengar Taklimat